Monday, November 17, 2008

Lokasi yang memjadi favourite casting "SEBARAU"

Lokasi Baik ni.....Shssssssss..
Setelah genap setahun, tiba tiba Geng P'lekong Jorang mendapat panggilan telipon memberitahu yang favourite spot untuk casting sebarau kami dah masuk musim kerana Tengkujuh dah tiba, Oleh kerana Pantai pun dah tak boleh nak gie P'lekong, Laut pun tak boleh nok P'lekong juga akhirnya saya membuat keputusan untuk pergi servey ke tempat tersebut.


Setelah kami tiba, En.Mat Dah pun berjaya menaikan Sebarau seberat 2.6kg. Oleh kerana waktu pun masih belum gelap betul kami buat keputusan untuk cuba casting walau pun tanpa cukup kelengkapan.

Dah lewat ni, betul ke nak cuba gok...kata Jay & Kamal....



En.Mat dengan Sebarau 2.6kg


Azhar tumpang possing dengan Sebarau En.Mat...Tak apa lah Ha, ..nanti kita mari semula...

WAHAI SEBARAU, KAMI TETAP AKAN KEMBALI SMULA, JAGA MU....KATA KAMAL

Berhati Hati Ketika memancing di musim Tengkujuh ni



Kepada geng geng P'lekong Jorang di harap berhati hati lah ketika keluar memancing di musim tengkujuh ini, mulai pertengahan November hingga Mac. berita selajutnya layarilah Berita harian/joran di:-

http://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Berita/20081107151555/Article/index_html

Tuesday, October 28, 2008

Jumaat 24.10.08, Tukun Tayar Pulau Redang

Baru baru ini Geng P'lekong Jorang telah di jemput oleh pihak Club Laguna Redang Island Resort untuk mengikuti rombongan club tersebut yang menganjurkan progrems tahunan memancingnya yang di sertai lebih kurang 30 ahli bersama dua buah boat pada 24hb 10, 2008. Lokasi yang di tuju ialah Tukun Tayar yang memang popular dan mempunyai pelbagai spesis ikan. Setelah berpindah meninggalkan Pulau Redang hampir 6 bulan saya amat teruja untuk memancing di sana, Tapi nasib tidak menyebelahi kami kerana kurang lebih 2 setengah jam di lokasi cuaca berubah mendung dan disertai hujan yang begitu lebat sekali, akhir nya kami terpaksa akur dan kembali ke Resort, saya mengambil peluang ini mengucakan ribuan terima kasih kepada Mr.Peter Cheng (Pengurus Besar), Mr.T.S Chan (Pengurus Operasi) dan Kelab Presdent En.Ahmad Kamal, dan juga En.Wan (H.R Officer) dan Tidak lupa juga kepada pemancing tegar En.Jay dan semua pekerja pekerja di atas jemputan dan layanan yang di beri sepanjang saya disana, Jemput jemput lah selalu....

Friday, October 17, 2008

Muara Sungai Terengganu - Jumaat 17hb Oktober (Ibu Belukur Pasir ?)

Geng P'lekong Jorang kali ni pakat gie try kat Muara sungai T'ganu, mula mula tu nok try kat beteng panjang belakang Primula, lama sangat doh dok gie situ, tapi ramai sangat doh orang, akhirnya kita decide try je sebelah Taman Selera Tanjong, dulu record sini molek jugok, Bro Alias pernah menaikan Kurau seberat sekilo tiga ratus gram....tapi balik awal jugok hari tu..stakat buleh ibu Belukur Pasir jee....ok lah tu.


Sunday, October 12, 2008

Geng P'lekong Joran Beraya di Pantai Teluk Ketapang

Masuk Hari Raya kesepuluh, Geng P'lekong Jorang pergi survey kat Pantai Teluk Ketapang, Airport, terkejut tengok ramainya set set Jorang pantai lepas geram selepas sebulan berpuasa dan beraya, masing masing tak sabar duk plekong jorang masing masing....

Thursday, September 25, 2008

Ramadhan al mubarak

Sempena bulan yang mulia ini saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa dan menyambut Syawal kepada semua geng geng P'lekong jorang di luar sana, activity P'lekong pada bulan ini di hentikan buat sementara waktu dan mari lah kita tambahkan amalan kita di malam hari demi "Lailatul khadar", Insyaalah.