Friday, December 12, 2008

Sebarau 3kg setengah


Hari ini saya akhirnya berjaya menaikan Sebarau pertama saya bagi musim ini, walaupun hanya 300 gm tapi memang betul betul melepaskan gian saya casting kat tempat baru ini, ini merupakan trip saya yang ketiga, belum pun setengah jam saya menaikan Sebarau tersebut, tiba tiba lure Aziz dirembat kuat, Sebarau 3 kilo setengah memberikan satu fight yang tak akan di lupakan, apa tah lagi ini merupakan trip dia yang pertama datang ke port ini. selepas 40 minit Wahab pula menaikan Sebarau nya yang lebih kurang sama saiznya dengan yang saya dapat, tapi semua ikan yang kami dapat dan berat nya tak sampai sekilo kami lepaskan - C&R .
Bro Aziz bergaya dengan Sebaraunya 31/2 kg

Nyawa nyawa Ikan, Sebarau Bro Aziz tersadai di tepi pokok sebelum dinaikan

Tiga Setengah..! Tiga Setengah.! jerit bro Aziz..

Bro Awie dengan tankapannya - semua ikan yg kurang drp sekilo kami lepaskan (C&R)

No comments: