Hari ini merupakan minggu terakhir cuti sekolah bagi mereka semua, tapi kalau dah anak anak tu tetap juga anak anak yang tak pernah rehat, saya tunaikan juga hajat mereka untuk pergi p'lekong jorang di jetty lama Merang yang kini bagaikan "WHITE ELEPHANE" tapi tak dapat di gunakan.
Tempat ini suatu masa dulu sememangnya begitu terkenal kerana kejernihan airnya dan di sini juga lah dulu ada satu terumbu karang yang memang terkenal ia itu "Batu Mandi" yang kini telah bersemadi di bawah nya. ianya juga dulunya menjadi port memancing tenggiri dan ikan layaran (Sail Fish). Kini kaki kaki pancing masih lagi mencuba yang kekadang tu menjadi juga. trip kami kali ini hanya menaikan Ketam Bunga dan Danish berjaya menaikan Tetanda yang sebesar dua jari.
Permandangan suasan tempat memancing di Jetty Lama Merang
Danish dengan hasil tangkapan TANDA nya
Ketam Bunga
Geng Plekong Jorang yang menaikan Ketam Bunga
No comments:
Post a Comment