Tuesday, October 28, 2008

Jumaat 24.10.08, Tukun Tayar Pulau Redang

Baru baru ini Geng P'lekong Jorang telah di jemput oleh pihak Club Laguna Redang Island Resort untuk mengikuti rombongan club tersebut yang menganjurkan progrems tahunan memancingnya yang di sertai lebih kurang 30 ahli bersama dua buah boat pada 24hb 10, 2008. Lokasi yang di tuju ialah Tukun Tayar yang memang popular dan mempunyai pelbagai spesis ikan. Setelah berpindah meninggalkan Pulau Redang hampir 6 bulan saya amat teruja untuk memancing di sana, Tapi nasib tidak menyebelahi kami kerana kurang lebih 2 setengah jam di lokasi cuaca berubah mendung dan disertai hujan yang begitu lebat sekali, akhir nya kami terpaksa akur dan kembali ke Resort, saya mengambil peluang ini mengucakan ribuan terima kasih kepada Mr.Peter Cheng (Pengurus Besar), Mr.T.S Chan (Pengurus Operasi) dan Kelab Presdent En.Ahmad Kamal, dan juga En.Wan (H.R Officer) dan Tidak lupa juga kepada pemancing tegar En.Jay dan semua pekerja pekerja di atas jemputan dan layanan yang di beri sepanjang saya disana, Jemput jemput lah selalu....

video

Friday, October 17, 2008

Muara Sungai Terengganu - Jumaat 17hb Oktober (Ibu Belukur Pasir ?)

Geng P'lekong Jorang kali ni pakat gie try kat Muara sungai T'ganu, mula mula tu nok try kat beteng panjang belakang Primula, lama sangat doh dok gie situ, tapi ramai sangat doh orang, akhirnya kita decide try je sebelah Taman Selera Tanjong, dulu record sini molek jugok, Bro Alias pernah menaikan Kurau seberat sekilo tiga ratus gram....tapi balik awal jugok hari tu..stakat buleh ibu Belukur Pasir jee....ok lah tu.


video

Sunday, October 12, 2008

Geng P'lekong Joran Beraya di Pantai Teluk Ketapang

Masuk Hari Raya kesepuluh, Geng P'lekong Jorang pergi survey kat Pantai Teluk Ketapang, Airport, terkejut tengok ramainya set set Jorang pantai lepas geram selepas sebulan berpuasa dan beraya, masing masing tak sabar duk plekong jorang masing masing....

video