Saturday, November 3, 2012
Pulau Warisan ~ Jenama baru tapi lokasi memancing yang sememangnya sudah terkenal
Pulau Warisan merupakan sebuah pulau buatan yg terletak di belakang Kampung Cina dan bersebelahan dengan Pasar Payang Kuala Terengganu, Lokasi ini yang dahulu nya terkenal dengan jolokan batu kurau bagi pemancing pemancing tegar di Terengganu. Walaupaun Pulau Warisan ini masih lagi didalam pembinaan namun kemudahan asas seperti jalan bertar dan kawasan meletak keenderaan sudahpun hampir 100% siap. Lokasi ini kini amat digemari oleh pemancing-pemancing dan sering juga dijadikan lokasi bagi pertandingan memancing pantai terutamanya GP Joran kelolaan Berita Harian dan beberapa syarikat dan kelab memancing.
Selain daripada menjadi lokasi memancing dan tempat perkelahan, ia juga merupakan lokasi bagi jurugambar untuk mengabadikan keindahan suasana matahari terbenan dan keindahan sungai Terengganu,Teluk Warisan yang merupakan lokasi kejohanan Monsoon Cup dan juga keindahan Pulau Duyung yang telah sedia tersegam indah.
Keindahan Pulau Warisan
Pelangi di pulau warisan
Matahari Terbenam
Antara Pemancing-pemancing tegar yang setia mengunjungi Pulau Warisan.
Senangin ada lah di antara spesis yang menjadi buruan pemancing selain daripada siakap puteh,Siakap Merah,Kerapu,Kurau,Kuku, Sembilang dan tak lupa juga Duri dan Belukang yang sentiasa di naik kan oleh kaki-kaki pancing...segalanya bergantung kepada pasang dan surut air, umpan dan juga REZEKI mereka.
Duri adalah antara spesis yang di jadikan favorite sebagai tangkap & lepas (C&R) atau juga pengubat "Kumpau" kerana dah lama tak menaikan ikan.
Bagi saya Pulau Warisan adalah merupakan lokasi memancing yang paling selesa dan mudah untuk memancing disamping dapat beriadah bersama keluarga.
Selamat mencuba nasib kepada pemancing-pemancing dan selamat datang ke Kuala Terengganu terutama sempena tahun melawat Terengganu 2013, sudah pasti lokasi ini akan menjadi lokasi utama bagi pertandingan memancing........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment