Monday, December 29, 2008

Danish menaikan ikan "REPOH"

Sehari selepas abang nya Daniel menaikan ikan Jenahak di Taman Shah Bandar, adeknya pula Muhammad Danish Azrul tidak mahu mengalah, kami ke Taman Water Front, Jalan Balik Bukit dan Danish berjaya menaikan Ikan Repoh, Malon dan Duri.

Danish bergaya dengan ikan REPOH nya.

Daniel & Danish dengan ikan DURI nya

Saturday, December 27, 2008

Daniel Menaikan Jenahak di Dataran Shah Bandar

Permandangan Pelangi yang indah di Muara Sungai Terengganu

Baru baru ini saya membawa anak saya Muhammad Daniel Azrul ke Taman Shah Bandar untuk memancing, sudah agak lama kami tidak kesana dan kerana didesak oleh anak saya akhir kami kesana dan sampai di sana jam 3pm, memang dah menjadi rezekinya dia seorang saja berjaya menaikan Jenahak 500grms (yg terbesar pada hari itu) dan beberapa ekor ikan Tanda. Kami Pulang jam 6.30pm
Daniel dengan Jenahak Nya

Pertandingan Memancing di Taman Tamadun Islam

Sempena Percutian Hari Natal baru baru ini Taman Tamadun Islam (TTI) ada menganjurkan Pertandingan memancing di Kolam nya, Nampak nya TTI kini bukan sahaja terkenal kerana Masjid Christal, 21 Monument dan sebagai Endutainment Parknya sahaja tapi juga merupakan lubuk ikan Haruan, Keli, dan Siakap. Geng P'lekong Jorang tidak ketinggalan kesana bersama keluarga. Pemenang Pertama membawa pulang wang tunai RM3,500.00. di sebab kan cuaca hujan yang kadang kadang lebat, akhirnya ramai pemancing yang mengalah, tapi kami tunggu hingga siren penamat walau pun tanpa sebarang tangkapan.

Di Anggarkan lebih kurang 400 peserta yang menyertai pertandingan ini

Antara lokasi yang banyak menaikan Ikan Haruan

Keluarga Geng P'lekong Jorang

Antara Tangkapan selepas satu jam pertandingan

Saturday, December 20, 2008

Lake Kenyir - Casting & Fly Fishing

Minggu ini Geng P'lekong Jorang Ke Tasik Kenyir, dah hampir 20 tahun saya tak ke sana, Saya pernah berkerja di salah sebuah resort disini pada awal sembilan puluhan dahulu, Tak banyak yang berubah, suasana dan Alam sekitar serta Flora dan Fauna masih seperti dulu lagi, Cuma hasil tangkapannya tidak memberangsankan, Namun kami semua tetap enjoy dan bercadang kesana lagi dalam masa terdekat ini, di sini saya muat turunkan gambar gambar dan akan cuba download kan juga Video di dalam posting saya yang berikut nanti.

Permandangan yang tak akan di lupakan - TASIK KENYIR

Geng P'lekong Jorang Berbincang dalam perjalanan ke lokasi kami SUNGAI KALBU@kelebu.

Antara Boat boat (Boat House) yang boleh di sewa di Tasik Kenyir

Bro Wan Dan Bro Zaini yang menawarkan diri untuk memasak - Zaini Memang Hebat memasak, antara menu mereka ialah, Curry Mamak Toman, Masak lemak Kelah Merah dan Fillet of Fish Toman with Budu.


Lunch Time - Bro Din tak sabar dengan Curry Mamak TOMAN istimewa Zaini

Memancing dari atas boat di Sungai Kalbu


Bro Hashim - Memang hebat dengan Fly nya, Fly Hashim Fly, Teknik Fly Casting nya yang memang menkagumkan walaupun di kawasan yang kencang anginnya.

Bro Jay dengan Toman Sulongnya hari itu - Casting nya memang selalu menjadi kebelangan ini.

Toman 3kilo setengah yang tewas di tangan Jay

Saya Pula cuba nasib casting SEBARAU, lebih kurang 10 minit dgn Cartoper dari tempat boat house kami berlabuh.

Bro Aziz dan Bro Din tengah casting

Bro Rodzi pula memasang unpan "Tauk"

Bro Rodzi di salah satu lokasi casting Sebarau

En.Din dengan hasil tankapanya

Bro Jay - Dengan tankapan Toman nya yang kedua melalui teknik Casting

Bro Sopi - Dengan tangkapannya.

Sunday, December 14, 2008

Surf Casting - P'lekong Jorang Pantai

Bagi set set P'lekong Jorang Pantai saya ingin berkonsi teknik dan cara nok p'lekong jorang 15 kaki atau 18kaki panjang, di sini saya upload video dripada you tube, teknik teknik nok plekong dan jika anda nok detail lagi beli lah video ini di mana mana kedai video atau CD atau serch di You Tube.

(Video daripada You Tube)

Friday, December 12, 2008

Siakap Putih (Baramandi) - Masih banyak lagi di sungai Terengganu

Malam minggu baru ini Geng P'lekong Jorang di bawa oleh Bro Lokman pergi survey di sungai PENAREK untuk memancing Siakap Putih (Baramandi) , sebelum itu bro Lokman terlebih dahulu menjala Udang di sungai berdekatan lubuk siakap tersebut, kami amat terkejut juga kerana air yang pasang besar malam tu walaupun jam dah hampir 11 malam, sebelum itu saya ada melihat tide schedule yang mana pada jam 9:12pm sepatutnya 2.3 meter tapi ni dah hampir dua jam tapi air masih tinggi.

Yang memeranjatkan lagi baru sekali baling Jala ianya bukan saja menaikan Udang yang nak dijadikan umpan tetapi juga anak siakap yang sebesar tiga jari, ini menunjukkan betapa sungai Terengganu ini masih lagi banyak dengan Ikan Siakap yang menjadi buruan dan idaman setiap pemancing tegar...Cepat cepat kami lepaskan kembali anak anak siakap ini, Semoga geng geng lain juga melakukan perkara yang sama dengan melepaskan kembali siakap siakap yng kecil kehabitat asalnya, setelah cukup udang yang kami dapat, kami pun terus ke lokasi, tetapi agak kecewa kerana Air sungai masih tinggi, namun kami pun masih mencubanya hampir 2 jam tapi Hampa, dan akhir nya kami pulang pada jam 3 pagi.

Bro Lokman dengan balingan pertama

Dua ekor anak Siakap terperangkap di dalam jala Udang

Cepat cepat Bro Lokman melepaskan nya

Lagi Anak Siakap yang terperangkap

Anak anak Siakap Putih yang di lepaskan kembali

Sebarau 3kg setengah


Hari ini saya akhirnya berjaya menaikan Sebarau pertama saya bagi musim ini, walaupun hanya 300 gm tapi memang betul betul melepaskan gian saya casting kat tempat baru ini, ini merupakan trip saya yang ketiga, belum pun setengah jam saya menaikan Sebarau tersebut, tiba tiba lure Aziz dirembat kuat, Sebarau 3 kilo setengah memberikan satu fight yang tak akan di lupakan, apa tah lagi ini merupakan trip dia yang pertama datang ke port ini. selepas 40 minit Wahab pula menaikan Sebarau nya yang lebih kurang sama saiznya dengan yang saya dapat, tapi semua ikan yang kami dapat dan berat nya tak sampai sekilo kami lepaskan - C&R .
Bro Aziz bergaya dengan Sebaraunya 31/2 kg

Nyawa nyawa Ikan, Sebarau Bro Aziz tersadai di tepi pokok sebelum dinaikan

Tiga Setengah..! Tiga Setengah.! jerit bro Aziz..

Bro Awie dengan tankapannya - semua ikan yg kurang drp sekilo kami lepaskan (C&R)

Wednesday, December 10, 2008

Monsoon Cup - Pertandingan Memancing

Bersempena Dengan acara tahunan Monsoon Cup tahun ini, Pertandingan memancing di adakan lagi, kalau tahun lepas ramai set p'lekong Jorang frust kerana di adakan di lokasi Pulau Duyung yang di anggap kurang menyengat kerana kurang hasil tankapan nya. Tahun ini Lokasinya Taman Shah Bandar hingga ke benteng Tanjung. Tapi disebab kan Monsoon tahun ini memang menjadi dan ramai set P'lekong Jorang yang tewas kerana Cuaca...Hujan dan ribut pah ceroh......

Dengar ceritanya tangkapan terberat hanyalah Belukang 2.5kg dan kedua Sembilang 2.3kg tak tahu lah betul ke tidak, Saya terus balik awal selepas siren tamat di bunyikan...tahun depan cuba lagi

Cuaca yang semakin redup dan gelap selepas 1 jam pertandingan



Permandangan yang berlatarbelakangkan cuaca yang redup dan langit yang gelap

Tuesday, December 9, 2008

Port Baru Casting Sebarau- 30minit drp favourite spot

Seminggu selepas casting di favorite spot, Jay dan Rodzi call beritahu dia jumpa port baru yang lebih baik untuk casting sebarau, ianya lebih kurang setengah jam daripada fevourite port kami, apa lagi saya, Jay dan Rodzi tak buang masa terus kesana, semasa kami tiba Leman (lai-man) & Wahab dah pun ada disana, lokasi ini agak challanging juga, terpaksa meredah hutan dan kebun dengan menyusuri anak sugai di kaki bukit yang berbatu batu dan licin.


( Kami berjalan kaki melaui semak dan kawasan kebun getah)


(Permandangan Sungai yang nak di tujui dari atas track bukit)

(Rodzi, Leman & Wahab dok tengoh Casting)


( Sebarau pertama 1.8kg yang berjaya dinaikan oleh Leman)

Wahab tukang gait, menunjukan ikan tangkapan kedua Leman seberat 1.2kg yg disaksi kan leman


(Video - Sebarau Pertama Leman 1.8kg)


Lure Leman yang hancur ketika menaikan tangkapan Sebarau ke dua nya walaupun hanya seberat 1.2kg.

Leman dengan Tangkapan sebarau nya.

Jay termenung di tempat castingnya

Tuesday, December 2, 2008

Trip ke dua ke "Favourite Spot"

Selepas dua minggu saya pergi servey di tempat casting Sebarau hari tu, saya berkunjung kembali ke tempat tersebut, tapi seluruh area tu dah banjir jadi berputeh mata je le, tengah dok senbang senbang tiba tiba, Jay menunjuk kan gambar dan video Rodzi menaikan Sebarau 4kg sehari selepas geng p'lekong jorang pergi servey tempoh hari.

( Madi, Ipar Jay tukang gait ikan tengoh pegang Sebarau 4kg)

( Video Rodzi Menaikan sebarau 4kg yang di rakam Jay melalui Telephone Nokia 6280 nya)



Ni le yang buat aku frust ni, lepas banjir ni mesti gie pulok lepas gian casting..