Friday, December 12, 2008

Siakap Putih (Baramandi) - Masih banyak lagi di sungai Terengganu

Malam minggu baru ini Geng P'lekong Jorang di bawa oleh Bro Lokman pergi survey di sungai PENAREK untuk memancing Siakap Putih (Baramandi) , sebelum itu bro Lokman terlebih dahulu menjala Udang di sungai berdekatan lubuk siakap tersebut, kami amat terkejut juga kerana air yang pasang besar malam tu walaupun jam dah hampir 11 malam, sebelum itu saya ada melihat tide schedule yang mana pada jam 9:12pm sepatutnya 2.3 meter tapi ni dah hampir dua jam tapi air masih tinggi.

Yang memeranjatkan lagi baru sekali baling Jala ianya bukan saja menaikan Udang yang nak dijadikan umpan tetapi juga anak siakap yang sebesar tiga jari, ini menunjukkan betapa sungai Terengganu ini masih lagi banyak dengan Ikan Siakap yang menjadi buruan dan idaman setiap pemancing tegar...Cepat cepat kami lepaskan kembali anak anak siakap ini, Semoga geng geng lain juga melakukan perkara yang sama dengan melepaskan kembali siakap siakap yng kecil kehabitat asalnya, setelah cukup udang yang kami dapat, kami pun terus ke lokasi, tetapi agak kecewa kerana Air sungai masih tinggi, namun kami pun masih mencubanya hampir 2 jam tapi Hampa, dan akhir nya kami pulang pada jam 3 pagi.

Bro Lokman dengan balingan pertama

Dua ekor anak Siakap terperangkap di dalam jala Udang

Cepat cepat Bro Lokman melepaskan nya

Lagi Anak Siakap yang terperangkap

Anak anak Siakap Putih yang di lepaskan kembali

No comments: